Umrah adalah suatu ibadah yang disyariatkan. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak perlu mengerjakan haji bersama. Namun, apabila anda mengerjakan ibadat Haji, ibadat pertama yang lazim anda akan laksanakan adalah umrah.
Bagi semua ibadat dan langkah-langkah yang terperinci untuk mengerjakan Tawaf dan Sa’I, sila rujuk kembali halaman-halaman terdahulu di bawah tajuk-tajuk yang berkaitan.
“Umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya, dan Haji yang mabrur tidak ada pahala baginya selain Syurga.” – (H.R. Bukhari dan Muslim)
Terdapat empat rukun Umrah dan jemaah WAJIB menyelesaikan semua langkah yang telah disyariatkan dalam susunan berikut:
Berihram dengan niat yang betul:
“Labbayka Allahumma Umrah”
Aku penuhi panggilanMu Ya Allah
Mengerjakan Tawaf (termasuk solat dua raka’at setelah Tawaf).
Mengerjakan Sa’ie (7 pusingan).
Mencukur rambut.
Sebaik sahaja anda telah mencukur rambut, anda bebas dari keadaan berihram dan lengkaplah Umrah. Anda kini boleh memakai pakaian biasa.
